Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Jan 12, 2024
RM2,075 / 10.38 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
60 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Masjid Al Makmur Kg Seri Makmur, Parit Sangit adalah sebuah masjid yang terletak dalam Mukim Lubuk, Batu Pahat, Johor. Bangunan masjid ini telah dibina lebih 50 tahun yang lepas dan mempunyai jemaah kariah berjumlah kira-kira 200 orang dari sekitar Kg Seri Makmur, Parit Sangit serta kawasan Jalan Batu Putih Darat.
Masjid Al Makmur ini mempunyai binaan separa papan dan batu. Keuzuran masjid ini kian ketara dari masa ke semasa. Walaupun telah beberapa kali diperbaiki, namun, akhirnya terpaksa akur kepada kehendak zaman.
Masjid ini aktif menjalankan solat berjemaah, aktiviti usrah, kuliah serta aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan yang lain. Namun, aktiviti-aktiviti semakin terbatas lantaran keadaan masjid yang semakin dimamah usia. Beberapa aktiviti akan datang telah dirancang untuk memakmurkan dan mengimarahkan lagi masjid ini. Antara cadangan adalah mengadakan pusat aktivti warga emas serta aktiviti sukan seperti memanah.
Perancangan juga dilakukan untuk menjadikan masjid ini mesra Internet dan mesra jemaah sesuai dengan peredaran zaman. Menjadikan masjid ini sebagai pusat penyebaran maklumat serta menjadi pusat pertemuan masyarakat. Menggabungkan teknologi moden dan tradisi lama sebagai pemangkin untuk melahirkan jemaah yang berilmu dan beriman. InsyaAllah.
“Sesiapa yang menunjukkan kepada perkara kebaikan nescaya dikurniakan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang melakukan kebaikan tersebut.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami