Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM225 / 4.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
15 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Di saat kita sedang menikmati kesihatan yang baik kurniaan Allah SWT, jangan kita lupa bahawa begitu ramai dalam kalangan saudara seagama kita yang sedang diuji dengan kesakitan. Begitu berat penderitaan kesakitan yang ditanggung oleh pesakit sama ada yang berada di hospital atau di rumah.
Ini adalah sebahagian golongan asnaf yang telah lanjut usia. Mereka amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan. Walaupun sebahagiannya ada menerima bantuan zakat, namun jumlahnya adalah minimum. Kami juga terharu apabila mendapati anak-anak yang menjaga orang tua mereka yang sakit ini juga adalah dari kalangan asnaf. Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan usaha murni ini demi membantu golongan keluarga asnaf yang sedang dilanda kesusahan. Mudah-mudahan dengan pemberian yang kita hulurkan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh pesakit dan ahli keluarga mereka. Semoga Allah SWT membalas pemberian anda dengan keampunan dan ganjaran pahala yang besar.
Sikap membantu orang yang kesusahan ini adalah sifat orang-orang yang beriman. Yahya bin Muaz seorang tokoh sufi kurun ketiga pernah berpesan:
حبك الفقراء من أخلاق المرسلين ، وإيثارك مجالستهم من علامة الصالحين ، وفرارك من صحبتهم من علامة المنافقين
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Aug 25, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 25, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 24, 2023