MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 21, 2024

BANTU INFAQ PENDIDIKAN ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF PEDALAMAN SABAH

RM365 / 12.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mencari saham akhirat demi mendambakan reda ilahi dengan menyumbang infaq pendidikan buat anak tahfiz dari bumi Sabah yang kurang kemampuan.


Assalamualaikum wbt, saudara dan saudari yang dirahmati oleh Allah SWT. Pihak pengurusan maahad mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang sekalian yang sentiasa menyokong dan menghulurkan sumbangan kepada anak-anak tahfiz yatim dan asnaf di sini sebelum ini.


Pelajar ini sanggup tinggalkan kampung halaman yang jauh semata-mata demi menuntut ilmu agama dan berazam ingin menjadi hafiz Al-Quran. Mereka berhasrat mendalami ajaran agama dan berazam apabila mereka tamat pengajian, mereka akan berjuang sebagai dai’e yang bakal mendidik agama Islam dalam kalangan masyarakat Sabah kelak. Masya-Allah.



Pihak maahad ingin membuka peluang kepada anda sekalian bagi menyalurkan sumbangan bantuan pendidikan kepada pelajar asnaf dari pedalaman Tawau, Sabah ini bagi memberi kemudahan pendidikan agama yang berkualiti kepada mereka.



Berkat hasil daripada sumbangan daripada kalian, pihak mahaad berusaha membantu pelajar dari pedalaman Sabah membiayai yuran pelajar, menyediakan barang keperluan asas pembelajaran seperti kitab, buku tulis dan alat tulis, pakaian serta memberikan wang saku untuk perbelanjaan pelajar tersebut. Di samping itu, pihak maahad juga membantu pelajar Sabah ini dengan membiayai tambang penerbangan kapal terbang apabila menjelang waktu cuti pengajian yang panjang.



Ayuh, hulurkan sumbangan mulai RM10 yang akan memberikan mereka harapan dan kekuatan untuk terus maju menjadi hafiz Al-Quran. Setiap usaha untuk membantu pelajar tahfiz miskin dari Sabah ini adalah satu amalan yang diberkati oleh Allah SWT. Pihak maahad berharap untuk melahirkan lebih ramai lagi anak-anak asnaf pedalaman Sabah menjadi golongan yang menghafal Al-Quran dan satu hari nanti mereka akan menjadi pembimbing dan pengajar yang akan berbakti di bumi Sabah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 28, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2024

T

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 24, 2024

Kempen Sumbangan Tamat