MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 28, 2023

RAYU INFAQ UNTUK MEMBINA TAPAK TANGKI AIR DI MAAHAD TAHFIZ

RM1,980 / 19.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

91 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAIH KEBERKAHAN PADA HARI ASYURA UNTUK BERINFAQ BAGI PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR DI MAAHAD TAHFIZ KAMI UNTUK KEMUDAHAN IBADAH ANAK-ANAK TAHFIZ.


Dalam bulan Muharram, Allah SWT berjanji memberikan ganjaran yang besar bagi setiap amal kebaikan yang dilakukan oleh hamba-Nya. Oleh kerana itu, mari manfaatkan kesempatan berharga ini dengan memberikan sumbangan yang ikhlas untuk pembinaan tapak tangki air bersih di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah.


Masalah tekanan air yang rendah dan gangguan air yang sering terjadi di kawasan Ayer Hitam telah menjadi belenggu bagi para pelajar tahfiz dan warga maahad kami. Oleh kerana itu, bantuan daripada muslimin dan muslimat sangat bererti bagi kelancaran kegiatan harian anak-anak tahfiz ini di maahad dan untuk memastikan keperluan air bersih dapat dipenuhi dengan baik.



Sehubungan itu, dengan tekad dan semangat yang berkobar, mulai RM10 kami menyeru agar semua muslimin dan muslimat untuk bersungguh-sungguh berinfaq di bulan Muharram, bulan yang penuh keberkahan dan keutamaan. Infaq di awal Muharram memiliki keistimewaan dan ganjaran yang luar biasa dan setiap kebaikan yang kita lakukan akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda.




Sumbangan dan sokongan dalam membina tapak tangki air yang memadai di maahad adalah sebuah amal jariyah yang berpanjangan, menyumbang kepada perkembangan dan kesejahteraan komuniti pengajian Islam di sini. Bergabunglah dalam misi mulia ini untuk memastikan maahad tahfiz ini terus berkembang dan memberikan kesan positif dalam membentuk generasi Qurani yang berilmu, bertakwa, dan bermanfaat kepada masyarakat dan umat. Jazakumullahu khairan Jaza


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Jul 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2023

MOHD SYAHEZAN BIN ABU HASHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2023

Kempen Sumbangan Tamat