Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Jan 18, 2024

RAYUAN SEDEKAH RAMADHAN BANTU MUALLAF

RM360 / 2.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh kita kongsi sedikit kemeriahan ramadhan dan raya dengan mualaf. Dengan sokongan anda PERKIM dapat teruskan santuni mereka setiap tahun khususnya yang miskin.


Assalamualaikum wbt. Biasanya apabila sudah masuk ke bulan Ramadhan barulah kita menambah berbagai amalan termasuk amalan sedekah. Tindakan anda itu betul, rugilah jika sudah Ramadhan pun masih tidak mahu sedekah!



Namun, NGO seperti PERKIM Bandar Tasik Puteri (PERKIM BTP) ini amat bergantung harap dengan sumbangan orang ramai untuk menyantuni mualaf dan asnaf mengejar bulan Ramadhan. Kita lahir dalam keluarga Islam, bersahur dan berbuka sekeluarga.



Mualaf, ada yang masih Islam seorang sahaja, seluruh adik-beradik yang belum Islam memulau mereka. Maka, ramai terpaksa bersahur dan berbuka puasa seorang diri dan beraya pun seorang diri. Bukan sahaja keseorangan, miskin pula.


Anda dapat rasakan perasaan mereka?



PERKIM santuni mereka bagi pihak anda!


PERKIM sediakan kemudahan, seperti barang dapur yang cukup untuk mereka bersahur dan berbuka dari 1 Ramadhan lagi. PERKIM juga anjurkan solat tarawih bersama para mualaf dan asnaf. Ini satu bentuk bimbingan praktikal dilaksanakan setiap tahun. Selain itu, PERKIM juga membawa mualaf yang berpuasa kali pertama untuk shopping persiapan raya.


PERKIM juga menyambut hari raya bersama mereka!



Ramadhan 2023, PERKIM telah menyantuni lebih 100 orang mualaf dari keturunan Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak, Orang Asli dan lain-lain.



Jangan biarkan mualaf kecewa dengan Islam. Puasa adalah cabaran besar bagi muallaf yang akan berpuasa kali pertama.



Tetapi semangat mereka itu akan lemah jika tiada perhatian dari sesiapa. Biarlah mereka merasai keindahan Islam itu sama seperti kita.



First impression mengenai Islam itu biarlah menarik dan menghiburkan mereka sehingga mereka lupa susahnya untuk berpuasa.


Kenapa tidak tunggu 1 Ramadhan untuk bersedekah?


Apabila masuk Ramadhan, Nabi SAW bertambah lagi pemurah. Ini menunjukkan, Nabi SAW banyak bersedekah di luar Ramadhan juga.




Hulurkan seikhlas hati dari sekarang, supaya PERKIM bersedia lebih awal. Sasaran kami adalah sebanyak 100 muallaf dengan kos RM150. Jadi jumlah keseluruhan adalah RM15,000 termasuk barang dapur dan membuat persiapan raya. Semoga Allah memberi kemurahan rezeki kepada para penyumbang yang dermawan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jan 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 19, 2024

Kempen Sumbangan Tamat