MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 29, 2024

RAYU SEDEKAH MEMBELI BATU BATA BUAT PEMBINAAN MAAHAD TAHFIZ

RM75 / 0.75 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH GANDAKAN BEKALAN AKHIRAT DENGAN MENYUMBANG DANA BAGI MEMBERI TEMPAT YANG LEBIH SELESA BUAT PELAJAR MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN NURUL HIDAYAH


Assalamualaikum wbt muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT sekalian. Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Di kesempatan ini kami pihak maahad tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin memohon sedikit sebanyak sumbang daripada muslimin dan muslimat untuk kami menyediakan dana bagi mendapatkan keperluan asas pembangunan iaitu batu-bata.



Bermula dengan RM10, anda boleh membantu kami untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10 blok bata. Melalui sumbangan ikhlas yang diberikan oleh anda ini dapatlah kami mempercepatkan proses pembangunan maahad tahfiz kami. Hal ini agar kami dapat membina tempat yang lebih selesa buat pengajian anak-anak tahfiz di sini.



Berkat daripada sumbangan anda ini, terbinalah bangunan untuk pelajar maahad. Semoga memperoleh ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Kami, warga maahad amatlah berbesar hati menerima segala pemberian anda yang dapat membantu bagi kelangsungan maahad kami.



“Sesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri”
(Hadis Riwayat al-Thabrani)


Semoga bantuan yang diberikan oleh anda semua menjadi asbab terlepasnya daripada azab api neraka. Insya-Allah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 02, 2024

NOR HASLINA HAMIDI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 30, 2024

Kempen Sumbangan Tamat