YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 07, 2022

BANTUAN UNTUK MASYARAKAT ORANG ASLI

RM540 / 10.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

33 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan makanan asas dan sedikit bantuan kewangan kepada keluarga golongan asnaf Masyarakat Orang Asli. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum Wbt, rakyat negara ini perlu menerima hakikat bahawa realiti kehidupan masyarakat Orang Asli masih jauh ketinggalan dalam semua bidang. Walaupun ada yang berjaya, namun masih ramai di kalangan mereka yang perlu dibantu dan diberi perhatian khususnya golongan asnaf.



Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk menyalurkan bantuan makanan asas dan sedikit bantuan kewangan kepada keluarga golongan asnaf Masyarakat Orang Asli yang berada di beberapa buah kampung Masyarakat Orang Asli di sekitar Lembah Klang. Bantuan akan diberikan kepada 30 orang penerima (1 keluarga 1 bantuan). 



Program bantuan pihak yayasan kepada masyarakat Orang Asli sebelum ini sangat memberangsangkan dan mereka cukup terharu dan gembira dengan bantuan yang disalurkan dan mereka berharap agar program seperti ini dapat diteruskan agar lebih ramai golongan seperti mereka dapat dibantu.


Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat golongan asnaf Masyarakat Orang Asli dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkan (ucapan) salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR Ibn Majah)



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)


Terima Kasih. Wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2022

Kempen Sumbangan Tamat