Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,980 / 33.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
70 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sesungguhnya berbuat baik terhadap anak yatim itu adalah perintah Allah SWT sebagaimana firmanNya di dalam Al-Quran: “Dan mereka bertanyakan kepadamu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Surah Al-Baqarah: 220)
Lawatan skuad kami ke beberapa lokasi di Selangor telah menemui anak-anak yatim asnaf yang amat memerlukan bantuan. Ada di antara mereka yang tinggal bersama nenek dan keluarga angkat selepas kematian ibu bapa mereka dan ada yang tinggal di pusat jagaan persendirian. Tatkala anak-anak kita menikmati belaian kasih sayang dari insan yang bergelar ibu atau bapa, anak-anak yatim tidak memperoleh itu semua bahkan ramai anak-anak yatim yang terpaksa hidup dan membesar bersama orang lain atau rakan-rakan di pusat-pusat jagaan.
Atas rasa simpati dan peri pentingnya membantu anak-anak yatim ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat pada minggu ini akan menyalurkan bantuan berupa barangan makanan asas kering seperti beras, minyak masak, telur, tepung, gula, bihun, biskut dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan khusus untuk anak-anak yatim miskin yang berada di beberapa pusat jagaan persendirian di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Sumbangan ini juga akan diberikan kepada anak-anak yatim yang tinggal atau dijaga oleh keluarga angkat atau ahli keluarga terdekat. Jumlah mereka yang akan dibantu adalah sekitar 100 orang.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat akan ini sebagai usaha kita untuk membantu anak-anak yatim agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna. Semoga sumbangan anda diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat Muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas).
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 04, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 04, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Jun 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 02, 2023