Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM3,861 / 101.61 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,800
174 Penyumbang
Kempen Berjaya
Assalamualaikum WBT
Infaq Jumaat Anak Yatim Miskin dan Asnaf Muallaf
Sejak akhir-akhir ini, didapati jumlah anak-anak yatim semakin meningkat berikutan kehilangan ibu / bapa / penjaga mereka akibat wabak Covid-19. Ramai di antara mereka yang dahulunya hidup senang, namun kini kehidupan mereka telah berubah sebaliknya.
Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Jumaat minggu ini akan mengkhususkan pemberian bantuan kewangan dan makanan asas / makanan kering untuk golongan Anak Yatim Miskin dan Asnaf Muallaf di sekitar Lembah Klang dan kawasan lain yang memerlukan.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini demi manfaat golongan Anak Yatim Miskin dan Asnaf Muallaf. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas).
Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)
Terima Kasih.
Wassalam.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 05, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Nov 05, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 05, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 05, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 05, 2021