YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 06, 2022

INFAQ BANTU KEWANGAN ASNAF PASCA BANJIR DI SELANGOR

RM1,870 / 6.23 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

75 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program Infaq Bantu Kewangan Asnaf Pasca Banjir ini sebagai usaha kita bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mereka.

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Bantu Kewangan Asnaf Pasca Banjir di Selangor

 

Pasca musibah banjir di beberapa kawasan di Selangor baru-baru ini telah memberi banyak kesan kemusnahan dan kerosakan harta benda. Mereka yang terkesan dengan musibah banjir ini sudah pasti akan menghadapi pelbagai masalah dan salah satu masalah utama mereka adalah keperluan kewangan bagi mengganti barangan yang telah musnah atau membaiki barangan yang rosak. Mengeluarkan wang simpanan untuk itu semua sudah pasti akan mengganggu keperluan bayaran bulanan untuk perkara-perkara lain seperti bayaran ansuran bulanan kenderaan, ansuran rumah dan bayaran-bayaran lain.

 

Menyedari akan kepayahan ini, maka Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan perlunya keluarga asnaf yang terkesan dengan musibah banjir ini dibantu dari segi kewangan. Bantuan yang akan disalurkan adalah bantuan kewangan sebanyak RM500 untuk keluarga asnaf yang terjejas khususnya di beberapa kawasan di Selangor.

 

Oleh itu, Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Bantu Kewangan Asnaf Pasca Banjir ini sebagai usaha kita bagi meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga asnaf yang terkesan dengan pasca musibah banjir khususnya di Selangor. Semoga ikhtiar kita ini mendapat ganjaran, pahala dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah S.W.T.

 

Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah: 261)

 

Terima Kasih.



Wassalam.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM12.00

Jan 10, 2022

HUZAIFAH BIN MOHD DRUS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 10, 2022

Kempen Sumbangan Tamat