YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 21, 2022

JUADAH BERBUKA UNTUK ANAK YATIM

RM6,060 / 101.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

250 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama meraikan anak-anak yatim di bulan Ramadhan dengan menyediakan makanan untuk mereka berbuka puasa. Jom kita Kejar Pahala Ramadhan!


Assalamualaikum Wbt, ramadhan hampir tiba. Namun apakah persediaan kita bagi menghadapi bulan yang mulia ini. Sesungguhnya memperbanyakkan amalan sedekah, tidak kira kecil atau besar, banyak atau sedikit adalah sangat digalakkan terutama dalam bulan Ramadhan kerana dengan bersedekah di bulan Ramadhan akan dilipatgandakan tanpa terhitung oleh manusia seperti sabda Nabi S.A.W: “Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh anak Adam akan dilipat gandakan dengan sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali ganda. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman yang tafsirnya: Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untukKu, Aku sendiri yang akan membalasnya.(Sahih Muslim)


Atas peluang dan kesempatan yang dikurniakan oleh Allah SWT ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan bahawa perlunya untuk kita yang berkemapuan untuk bersama meraikan anak-anak yatim di bulan Ramadhan dengan menyediakan makanan untuk mereka berbuka puasa.



Pihak yayasan akan menyediakan juadah / makanan berupa makanan nasi berlauk, kuih-muih, buah-buahan dan minuman khusus untuk anak-anak yatim yang berada di pusat-pusat jagaan persendirian di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Sasaran kami adalah sekitar 150 – 200 anak yatim yang akan diraikan untuk berbuka puasa sepanjang Ramadhan.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program iftar ini semoga ia dapat mengembira serta menceriakan anak-anak yatim. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar serta Redha Allah SWT.




Nabi SAW bersabda: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi) Nabi SAW juga ada bersabda: “Takutlah kamu dari seksaan api neraka walaupun dengan bersedekah separuh buah tamar.” (Sahih al-Bukhari dan Muslim)


Terima Kasih. Wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM250.00

Mar 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 25, 2022

Kempen Sumbangan Tamat