Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Dengan dana yang ada, kami hanya mampu menaikkan bumbung untuk menyambung belakang surau.
Dana diperlukan lagi untuk tempat solat yang lebih sempurna bagi kaum ibu.
Juga perlu pasang kipas untuk keselesaan.
Surau ini bergantung kepada tenaga solar dan bateri kereta bagi menjana letrik.
Mereka amat memerlukan jenset kerana solar dan bateri kereta tidak mampu menampung untuk penggunaan kipas, PA system dan lampu khususnya waktu malam.
Ayuh bantu kami untuk mengumpul baki dana yang diperlukan.
Alhamdulillah, kerja memasang mozek berjalan lancar. Dalam 2 - 3 hari lagi akan siap.
Kerja membina dewan solat muslimat masih kekurangan dana.
Ayuh tuan / puan yang dermawan.
Masjid ini terletak di pedalaman Sabah, sumbangan anda mengimarahkan lagi Masjid ini khususnya kaum hawa yang terpaksa solat di luar masjid apabila jemaah ramai hadir.
PERKEMBANGAN PEMBINAAN TEMPAT SOLAT MUSLIMAT
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
11 November 2023 sebahagian barang-barang binaan telah dibeli dan telah dihantar ke lokasi iaitu Masjid Al Amin, Kg Inaruntung, Pitas, Sabah.
Mozek, simen dan barang-barang lain telah pun sampai walaupun jalan becak akibat masih basah selepas hujan.
13 November 2023, kerja-kerja menampak mozek ke seluruh ruang solat Masjid Al-Amin telah bermula.
Kami masih memerlukan dana untuk pembinaan tempat Solat Muslimat.Di Sabah, di pedalaman pun ada gereja. Tetapi anda jarang jumpa masjid atau surau di pedalaman walaupun 73% penduduk Sabah adalah Muslim.
Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan bina masjid?
Projek ini untuk membesarkan Masjid sedia ada di kampung terpencil di Pitas.
Masjid yang bersaiz surau ini tidak mampu menampung jemaah Muslimat kerana terlalu kecil.
Kita bina dewan solat Muslimat supaya mereka tidak ketinggalan solat berjemaah dan kuliah.
Ayuh tuan / puan, pahala jariah menanti kita semua.
Klik di sini untuk menyumbang:
https://sumbangan.com/rayuangbinatempatsolatmuslimat